Halaman

Khamis, 20 Januari 2011

SAKIT ...itu perkara biasa tapi...

Dahulu, saya mempunyai seorang kawan yang baik dan jujur. Sikapnya menyenangkan,lebih-lebih lagi dia sangat suka membantu orang lain.Saya memang senang hati berkawan dengannya.Orangnya kelakar dan pandai berjenaka.Sungguhpun ia suka menyakat orang lain dengan keletahnya yang lucu,tetapi dia tidak pernah melukakan hati kawan-kawan.Sekali pandang tiada apa yang kurang pada kawan saya yang sorang ni.Selepas tamat belajar kat universiti,saya dan kawan saya ni membawa haluan diri masing-masing..dan dah lama tak bertemu dan berhubungan.Baru-baru ini,saya terkejut besar dan berasa amat sedih setelah mendapat berita bahawa kawan baik saya ini telah meninggal dunia dalam usia yang masih muda.Tak berapa jelas apa punca yang menyebabkan dia meninggal.Ada yang mengatakan arwah kawan saya ini dah lama tak sihat dan selalu tak sihat.

Saya berasa agak terkilan kerana sepanjang dia sakit, saya tak bersempatan menziarahinya..hal ini berlaku kerana kami dah lama terputus hubungan dan tak tahu di mana dia menetap,bila dia meninggal,barulah saya mengetahuinya melalui seorang kawan.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.

Bila diingat-ingat kembali,dulu semasa saya kenal rapat dengan arwah,beliau memang agak kerap kali tidak sihat,kadang-kadang deman berpanjangan, batuk dan selesema.Dia dah biasa benar dengan rutin dirinya begitu.Keadaan ini mungkin disebabkan kurangnya sistem imunisasi yang kuat dalam badannya.

Apa yang terjadi itu, semacam memberi kesedaran kepada saya tentang perlu menitikberatkan soal menjaga kesihatan badan.Namun saya sedar,kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan segalanya..namun sekurang-kurangya kita berusaha,hari ini ,saya terbaca dalam satu artikel perubatan yang menyarankan beberapa tindakan dan amalan yang boleh kita amalkan untuk menyihatkan badan dan menguatkan sistem imunisasi dalam tubuh kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara-cara sederhana dan mudah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan sistem imunisasi terhadap serangan virus penyakit dalam tubuh kita, antaranya:

1) Mandi air sejuk
Mungkin kita berasa ragu dengan tip ini,tetapi menurut kajian, mandi air yang bersuhu dingin boleh membantu menambah jumlah sel darah putih sehingga tubuh kita mencegah serangan penyakit.

2)Minum Air Suam
Rajin-rajinlah minum air panas atau air suam seperti air puteh,teh atau kopi. Ini kerana ia akan membantu tubuh untuk mendapatkan cairan hangat yang membantu meningkatkan sistem imunisasi sehingga tubuh kita lebih tahan terhadap serangan penyakit.

3)Kunyah Bawang Putih
Mungkin ramai yang tidak gemar makan bawang terutama bawang putih kerana ia tidak enak dimakan begitu saja dan boleh menyebabkan nafas berbau.Namun begitu,khasiat bawang putih ini sebenarnya dapat membantu memelihara kesihatan.Hasil kajian yang dilakukan terhadap khasiat bawang putih, mendapati bawang putih mengandungi zat antimikroba yang baik untuk memelihara kesihatan. Bagi menjaga kesegaran nafas,cubalah hancurkan bawang putih dan campurkan dengan satu sudu sirap

Bekenaan makan bawang putih ni, saya teringat pula seorang kawan saya yang lain,yang setiap kali berjumpa dengannya,dia pasti bercakap tentang makan bawang putih. Katanya,pada peringkat permulaan memanglah susah untuk memamah bawang putih begitu saja ( rasa pedal di lidah )tetapi setelah dia memaksa dirinya, sekarang memakan bawang putih dah macam memakan kacang ,katanya dengan bangga.Sejak dia amalkan memakan bawang putih mentah-mentah,katanya badannya semakin sihat malah kuat tenaga luar dan dalam..(.ha..ha. ha )Sebenar bila dengar ceritanya itu,pernah juga saya cuba makan bawang putih mentah-mentah tapi sehingga ke saat ini ,tekak saya tak dapat menerimanya....

4)Jaga makan
Makanlah makan yang seimbang.Kurangkan makanan bergoreng,lemak dan daging merah kerana ianya banyak mengandungi kolestrol sebaliknya banyak memakan sayur-sayuran,buah-buah dan makanan berserat.

5)Melakukan senaman
Senaman penting kepada badan.Bila bersenam,ianya membantu melancarkan perjalanan darah,mengurang kolestrol malah menjadikan badan kita sentisa bertenaga dan cergas.Jika ingin melakukan senaman,pastikan ianya dilakukan dengan cara yang betul.Pastikan kita lakukan senaman secara berterusan sekurang-kurang dalam jangka masa 20-30 mini( barulah kalori lemak dibakar) dan amalkan 2 atau 3 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA...marilah kita berdoa semoga Allah s.w.t memberi kesihatan yang baik kepada kita.Amin.

Moralnya: mencegah lebih baik dari mengubati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan