Halaman

Selasa, 11 Oktober 2011

Ibu Ajar Anak Jadi Pelacur

Mengapa jadi begitu? Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anaknya sanggup melakukan perbuatan yang keji dan hina.Sebagaimana dilaporkan dalam Berita Harian,11 Oktober 2011, di Chukai,Kemaman: Seorang ibu bukan sahaja mengajar anaknya yang masih mentah menjadi penagih tetapi lebih buruk lagi daripada itu...dia telah melacurkan dirinya dan juga menjual tubuh anak gadisnya yang baru berusia 16 tahun semata-mata untuk mendapatkan wang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superitenden Hamzah Awang Dollah berkata, lebih dikesalkan, ibu tunggal berusia 37 tahun itu yang menagih pelbagai jenis dadah tergamak menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya itu sebagai jalan mudah mengajar remaja terbabit berdikari mencari wang untuk menyara diri.Selain mengajar anak gadisnya menjual tubuh, wanita berkenaan yang bercerai dengan suaminya empat tahun lalu turut menjadikan anaknya yang berhenti sekolah ketika di Tingkatan Satu itu sebagai rakan penagih.

Hamzah berkata, amat menyedihkan apabila wang hasil dagangan tubuhnya itu bukan saja digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya dipercayai turut dijadikan sumber kewangan untuk dirinya dan menyara kehidupan tiga anaknya berusia tiga, empat dan 16 tahun yang tinggal sebumbung dengannya.

Dalam serbuan polis ke rumahnya, kedua-duanya ditangkap dalam keadaan khayal dan di dalam rumah yamg sama terdapat dua orang anak kecilnya yang lain masing-masing berumur tiga dan empat tahun((agaknya dua anak kecil ni pun dah tahu bagaimana nak ambil dadah).

Kini, wanita itu ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa,kelantan selepas gagal membayar wang jaminan RM 2,000 manakala anak gadisnya dibebaskan dengan jaminan polis.Kedua-duanya akan didakwa di mahkamah Majistret Kemaman akhir Disember ini.

Moralnya:Inilah antara penyakit masyarakat kita pada hari ini,institusi keluarga sendiri gagal mendidik apatah lagi untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan kerana itulah ada pelajar yang datang ke sekolah dengan seribu masalah..masalah yang bermula dan berpunca dari rumah yang tak selesai.Pengajaran kedua ialah janganlah ada sesiapapun antara kita cuba terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana pengambilan dadah secara terlarang boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan akal yang waras malah sanggup melakukan apa saja hatta menjual maruah diri dan keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan