Halaman

Khamis, 20 Oktober 2011

Kesian- Budak Perempuan Dilanggar Dibiarkan



Saya berasa sedih dan kesian melihat rakaman kamera tertutup ini.Walaupun kanak-kanak ini bukan saudara mara kita dan ianya tidak berlaku di tempat kita, namun sebagai manusia biasa yang ada perasaan, naluri rasa simpati ini tak boleh ditahan lagi.Seorang kanak-kanak perempuan comel dan sihat(berusia 2 tahun) telah digilis dua kenderaan dan dibiarkan oleh orang ramai yang lalu lalang dalam keadaan berlumuran darah.Dilaporkan sebuah van melanggar kanak-kanak tersebut yang sedang berjalan-jalan di kawasan tidak jauh dari kedai ibu bapanya di Foshan, Hong Kong. Rakaman ini jelas menunjukkan sebuah van putih melanggar kanak-kanak itu dengan tayar depannya. Pada mulanya pemandu itu berhenti seketika, sebelum bergerak semula dan kanak-kanak itu digilis sekali lagi dengan tayar belakang van itu.( sungguh ngeri melihat keadaan kanak-kanak itu).

Tiga orang yang lain hanya lalu lalang di tepi kanak-kanak itu,(mereka sebenarnya melihat kanak-kanak itu tapi buat tak tahu saje) sebelum sebuah lagi trak melanggarnya lagi.Pemandu kelihatan tidak perasan dengan kanak-kanak itu. (sekali lagi saya hairan bagaimana mereka boleh jadi tidak perasan?)

Puluhan orang yang lalu lalang dan memandu di kawasan itu tidak menghiraukan kanak-kanak yang berlumuran darah, tak tahulah sama ada sengaja tidak menghiraunya atau tidak perasan.

Akhirnya selepas 7 minit,kelihatan seorang wanita pemungut sampah berlari ke arah kanak-kanak yang tidak bermaya itu dan mengangkatnnya sebelum ibunya keluar dan membawa ke hospital.

Ketika saya menulis cerita ini, dah hampir seminggu kanak-kanak itu berada dalam keadaan koma dan tahap kesihatannya semakin merosot dan dia telah disahkan mengalami "mati otak".Harapan untuk melihat beliau hidup semakin menipis ,hanya takdir ilahi sahaja yang mampu menyelamatkannya.

Sementara itu,kedua-dua pemandu yang terlibat telah ditahan oleh polis.Selepas video itu disiarkan kepada masyarakat di Hong Kong,ternyata ianya telah menimbulkan perasaan marah dan sedih orang ramai.Salah seorangnya berkata,"Masyarakat ini sakit. Kucing dan anjing pun tidak patut dilayan tanpa belas kasihan.

Moralnya: Sampai hatikah kita jika melihat anak kecil terbaring di jalanan sebegitu rupa apatah lagi dia dilanggar...?. nak dibiarkan begitu saja?.Janganlah masyarakat kita jadi rosak jiwanya sebegitu sehingga tak mahu lagi ambil tahu hal-hal orang lain atau masing-masing pentingkan diri ... dan berdoalah kita moga-moga kejadian malang sebegini tidak berlaku kepada anak-anak kita.

Selasa, 11 Oktober 2011

Ibu Ajar Anak Jadi Pelacur

Mengapa jadi begitu? Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anaknya sanggup melakukan perbuatan yang keji dan hina.Sebagaimana dilaporkan dalam Berita Harian,11 Oktober 2011, di Chukai,Kemaman: Seorang ibu bukan sahaja mengajar anaknya yang masih mentah menjadi penagih tetapi lebih buruk lagi daripada itu...dia telah melacurkan dirinya dan juga menjual tubuh anak gadisnya yang baru berusia 16 tahun semata-mata untuk mendapatkan wang.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superitenden Hamzah Awang Dollah berkata, lebih dikesalkan, ibu tunggal berusia 37 tahun itu yang menagih pelbagai jenis dadah tergamak menurunkan ilmu dan pengalamannya menjual tubuh kepada anak gadisnya itu sebagai jalan mudah mengajar remaja terbabit berdikari mencari wang untuk menyara diri.Selain mengajar anak gadisnya menjual tubuh, wanita berkenaan yang bercerai dengan suaminya empat tahun lalu turut menjadikan anaknya yang berhenti sekolah ketika di Tingkatan Satu itu sebagai rakan penagih.

Hamzah berkata, amat menyedihkan apabila wang hasil dagangan tubuhnya itu bukan saja digunakan untuk diri sendiri, sebaliknya dipercayai turut dijadikan sumber kewangan untuk dirinya dan menyara kehidupan tiga anaknya berusia tiga, empat dan 16 tahun yang tinggal sebumbung dengannya.

Dalam serbuan polis ke rumahnya, kedua-duanya ditangkap dalam keadaan khayal dan di dalam rumah yamg sama terdapat dua orang anak kecilnya yang lain masing-masing berumur tiga dan empat tahun((agaknya dua anak kecil ni pun dah tahu bagaimana nak ambil dadah).

Kini, wanita itu ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa,kelantan selepas gagal membayar wang jaminan RM 2,000 manakala anak gadisnya dibebaskan dengan jaminan polis.Kedua-duanya akan didakwa di mahkamah Majistret Kemaman akhir Disember ini.

Moralnya:Inilah antara penyakit masyarakat kita pada hari ini,institusi keluarga sendiri gagal mendidik apatah lagi untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan kerana itulah ada pelajar yang datang ke sekolah dengan seribu masalah..masalah yang bermula dan berpunca dari rumah yang tak selesai.Pengajaran kedua ialah janganlah ada sesiapapun antara kita cuba terlibat dengan penyalahgunaan dadah kerana pengambilan dadah secara terlarang boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan akal yang waras malah sanggup melakukan apa saja hatta menjual maruah diri dan keluarga.

Ahad, 9 Oktober 2011

Bahaya Jika Tak Cukup tidur.....berisiko mati sakit jantung dan angin ahmar

Sudah menjadi hukum alam bahawa manusia perlukan tidur yang cukup untuk menjadi sihat.Jika kita cuba melanggar hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, itu pasti ianya akan memberi kesan yang buruk kepada kita.

Di London satu kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama. Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya. Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyaki membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Moralnya:Pastikan setiap orang daripada kita dapat menjaga tidur dan dapat cukup tidur sekurang-kurangnya enam jam satu hari dan pada masa yang sama jangan pula terlebih tidur daripada yang sepatutnya.