Halaman

Khamis, 20 Oktober 2011

Kesian- Budak Perempuan Dilanggar Dibiarkan



Saya berasa sedih dan kesian melihat rakaman kamera tertutup ini.Walaupun kanak-kanak ini bukan saudara mara kita dan ianya tidak berlaku di tempat kita, namun sebagai manusia biasa yang ada perasaan, naluri rasa simpati ini tak boleh ditahan lagi.Seorang kanak-kanak perempuan comel dan sihat(berusia 2 tahun) telah digilis dua kenderaan dan dibiarkan oleh orang ramai yang lalu lalang dalam keadaan berlumuran darah.Dilaporkan sebuah van melanggar kanak-kanak tersebut yang sedang berjalan-jalan di kawasan tidak jauh dari kedai ibu bapanya di Foshan, Hong Kong. Rakaman ini jelas menunjukkan sebuah van putih melanggar kanak-kanak itu dengan tayar depannya. Pada mulanya pemandu itu berhenti seketika, sebelum bergerak semula dan kanak-kanak itu digilis sekali lagi dengan tayar belakang van itu.( sungguh ngeri melihat keadaan kanak-kanak itu).

Tiga orang yang lain hanya lalu lalang di tepi kanak-kanak itu,(mereka sebenarnya melihat kanak-kanak itu tapi buat tak tahu saje) sebelum sebuah lagi trak melanggarnya lagi.Pemandu kelihatan tidak perasan dengan kanak-kanak itu. (sekali lagi saya hairan bagaimana mereka boleh jadi tidak perasan?)

Puluhan orang yang lalu lalang dan memandu di kawasan itu tidak menghiraukan kanak-kanak yang berlumuran darah, tak tahulah sama ada sengaja tidak menghiraunya atau tidak perasan.

Akhirnya selepas 7 minit,kelihatan seorang wanita pemungut sampah berlari ke arah kanak-kanak yang tidak bermaya itu dan mengangkatnnya sebelum ibunya keluar dan membawa ke hospital.

Ketika saya menulis cerita ini, dah hampir seminggu kanak-kanak itu berada dalam keadaan koma dan tahap kesihatannya semakin merosot dan dia telah disahkan mengalami "mati otak".Harapan untuk melihat beliau hidup semakin menipis ,hanya takdir ilahi sahaja yang mampu menyelamatkannya.

Sementara itu,kedua-dua pemandu yang terlibat telah ditahan oleh polis.Selepas video itu disiarkan kepada masyarakat di Hong Kong,ternyata ianya telah menimbulkan perasaan marah dan sedih orang ramai.Salah seorangnya berkata,"Masyarakat ini sakit. Kucing dan anjing pun tidak patut dilayan tanpa belas kasihan.

Moralnya: Sampai hatikah kita jika melihat anak kecil terbaring di jalanan sebegitu rupa apatah lagi dia dilanggar...?. nak dibiarkan begitu saja?.Janganlah masyarakat kita jadi rosak jiwanya sebegitu sehingga tak mahu lagi ambil tahu hal-hal orang lain atau masing-masing pentingkan diri ... dan berdoalah kita moga-moga kejadian malang sebegini tidak berlaku kepada anak-anak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan