Halaman

Ahad, 17 Julai 2011

APA DAH JADI SELANGOR: INI KE PERUBAHAN YANG KITA MAHU?

Saya berasa risau berhubung dakwaan beberapa NGO wanita bahawa di Selangor terdapat ratusan pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Menurut wakil NGO berkenaan, Profesor Dr. Clara Chee, di kawasan Pandan Indah sahaja terdapat lebih 80 pusat urut. Apa sudah jadi?

Itu belum menyentuh daerah lain di Selangor. Yang menyakitkan lagi mata terdapat kian banyak premis urut di rumah-rumah kedai taman perumahan. Apa yang kita boleh saksikan itu bercanggah dengan dakwaan kerajaan Selangor bahawa hanya 60 lesen pusat urut dikeluarkan.

Ramai orang terpinga-pinga melihat lambakan pusat urut di negeri itu yang seakan mahu menjadi seperti Bangkok. Wanita dan pelacur asing makin ramai bekerja di premis seperti itu, yang sebahagiannya berselindung atas nama pusat refleksologi atau urutan kaki. Ini kejayaan terbesar kerajaan campuran PKR-DAP-Pas. Khabarnya ada pemimpin politik DAP mendalangi banyak operasi rumah urut di Selangor dan cakap-cakap mengenainya berlegar dalam industri.

Yang pasti, lambakan rumah urut menyebabkan NGO dan orang ramai bimbang kerana ia akan memburukkan lagi gejala sosial. Siapa yang membenar dan merangsang persekitaran tersebut jika bukan pentadbiran kerajaan Selangor. Anak-anak kita membesar dengan melihat premis itu di kiri-kanan jalan. Lebih menjadi persoalan mengapa PAS boleh merelakan semua ini berlaku?

Mana pergi pemimpin-pemimpin PAS Selangor? Apakah mereka hanya pejamkan mata ataupun pekakkan telinga sahaja semata-mata nak jaga hati pemimpin DAP.Mana pergi laungan mereka untuk menegakkan agama Islam? ataupun mereka dah tak mampu buat apa-apa demi ingin menjaga kepentingan politik kepartian semata-mata.

Inikah perubahan yang mereka jajakan selama ini? Kononnya rakyat Malaysia perlu bangkit demi perubahan???