Halaman

Ahad, 15 April 2012

Yang Mana satu Pilihan Anda?

Di dalam ilmu psikologi,terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk mengenal seseorang . Misalnya, dari cara tidur saja, ahli psikologi boleh mengetahui sama ada orang itu pemarah, mudah runsing,berfikiran singkat, ceria atau berani menyahut cabaran. Begitu juga dengan warna. Dari pemerhatian para psikologis, mereka boleh mengesan sifat seseorang berdasarkan warna kegemaran individu terlibat.

Begitu juga dengan cara berjalan, horoskop, tahi lalat, garisan di tapak tangan dan cara tersenyum, semuanya menyembunyikan karakter tertentu,

Anda ingin kenal siapa diri anda? Ya ke? Mari kita cuba. Kaedahnya mudah saja,iaitu melalui buah-buahan yang menjadi pilihan anda.Caranya begini,
diandaikan anda duduk di sebuah meja dan di hadapan anda terdapat lima jenis buah-buahan, iaitu...
a) EPAL
b) PISANG
c) OREN
d) RAMBUTAN
e) CIKU

Di antara lima jenis buah tersebut, yang manakah pilihan anda? Epalkah? atau pisangkah?
orenkah, rambutan atau ciku. Jangan tergopoh gapah, fikirkan dengan cermat dan berhati-hati kerana pilihan anda itu akan mendedahkan siapa diri anda yang sebenarnya! Percayalah, hasilnya sangat menakjudkan dan 100 peratus tepat.

Sudah  pilih? Kalau sudah, lihat jawapannya di bawah...............

KALAU ANDA MEMILIH...

A) EPAL:     Maknanya anda adalah seorang yang suka makan epal.
B) PISANG: Anda seorang yang suka makan pisang.
C)OREN:    Anda seorang yang suka makan oren.
D) RAMBUTAN: Ertinya anda seorang yang suka makan rambutan.
E) CIKU :  Anda seorang yang suka makan ciku.

Hebat, kan?  Ha...ha...ha....saja ye nak melawak..jgn mare!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan