Halaman

Khamis, 18 Ogos 2011

3 KISAH BENAR: CERITA SEDIH DI BULAN PUASA INI..Wajarkah ia berlaku?

Salam Ramadan -19 Ogos : Tentunya bagi umat islam yang beriman,kedatangan ramadan disambut dgn gembira dan seronok untuk menjalani ibadat puasa.Masuknya bulan ramadan, Allah menutup pintu neraka, membuka seluas-luasnya pintu syurga malah iblis,syaitan dan jin bukan islam dirantai dan manusia bebas dari godaan mereka.Di bulan mulia ini juga, orang islam yang beriman akan berusaha untuk melakukan amal ibadat seperti sembahyang terawih,membaca al Quran,berzikir,melakukan kebaikan dan kebaikan serta menjauhi perkara-perkara yang mungkar dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.Pendek kata sepatutnya di bulan yang mulia ini,semua orang akan berlakuan baik,menyenangkan apatah lagi tidak menyusahkan orang lain.Adakah situasi sebegini benar-benar berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini???

Jawapannya agak mengecewakan...bila membaca berita-berita di dada akhbar, ianya agak mengejutkan. Di kala orang sibuk mengerjakan ibadat puasa, pada masa yang ada orang lain yang sanggup melakukan perkara yang keji di bulan puasa ini.Setakat peristiwa orang-orang islam ditangkap oleh pihak berkuasa agama kerana tidak berpuasa , itu perkara biasa kita dengar malah ada orang islam tanpa rasa berdosa boleh dan sanggup ke pusat hiburan, disko,rumah urut dan meminum arak.

Sebenarnya hati saya berasa tersentuh bila membaca 3 kisah benar dan betul-betul berlaku yang dilaporkan dalam akhbar dalam masa sehari dua ini.

Cerita pertama berlaku di sg petani kedah pada 10 ramadan yang lalu, apabila seorang anak lelaki yang berusia 24 tahun sanggup menetak ayahnya sendiri sampai mati dan mencederakan ibunya sebelum melarikan diri ke hutan berhampiran.Ianya terjadi dikatakan berpunca dari rasa marah apabila dia cuba memukul anak saudaranya kerana menegurkan bunyi bising kucing,lalu ayahnya campurtangan menyebabkan ia hilang sabar dan terus mengambil parang menetak ayah dan ibu. Kejadian ini berlaku ketika hampir waktu berbuka puasa dan didepan juadah yang disediakan oleh ibunya.Bayangkan betapa pilunya disaat begitu,seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri dan mencedera ibunya yang membesarnya dan yang bersusah payah menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.Ayahnya yang banyak berkorban itu terbujur kaku menjadi mayat angkara kedurjanaan anak sendiri. Manusia jenis apakah anak ini...sanggup melakukan perbuatan yang amat kejam dan tentunya perbuatan derhaka seorang anak terhadap org tuanya dan lebih menyayatkan hati lagi ianya berlaku di bulan ramadan.

Cerita kedua berlaku pada 17 ramadan yang lalu apabila seorang anak berusia 17 tahun bernama Ameerah Asha telah ditahan bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun oleh pihak polis.Gadis yang bakal menduduki Spm pada hujung tahun nanti dikatakan telah hilang dari rumah selama 7 hari setelah tidak balik selepas pergi sekolah yang menyebab ibu bapanya sangat susah hati.Kemudian ayahnya yang bernama Azizan Hashim menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengatakan Ameerah telah diculik dan meminta wang tebusan RM 50.000.Ayahnya yang berkerja hanya sebagai jurujual memang tidak mempunyai wang sebanyak itu lalu membuat laporan polis.Akhirnya Ameerah dan teman lelakinya dapat dikesan dan ditangkap semasa berada dalam sebuah kereta.Hasil siasatan polis, sebenarnya Ameerah bukan diculik tetapi dia telah berpakat dengan teman lelakinya untuk mendapatkan wang dengan merancang penculikannya dan menuntut wang tebusan RM 50.000 daripada ayahnya sendiri.

Bagi saya anak ini yang sanggup mengkhianat ayah sendiri, menyusahkan orang lain apatah lagi ayah sendiri dan langsung tidak menghormati bulan ramadan seperti yang berlaku itu layak dipanggil anak sial dan anak derhaka kepada org tuanya.Sememangnya amat malang seorang bapa mempunyai anak sedemikian.Kita berharap anak ini akan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku itu dan akhirnya menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan takut kepada Allah.

Peristiwa yang ketiga yang menyedihkan pula berlaku pada 18 ramadan di Pahang bertajuk"Pesawah mati ditetak abang ipar dengan parang".Kejadian pembunuhan yang berlaku hanya 30 minit sebelum berbuka puasa itu berpunca rasa marah yang amat sangat suspek yang berusia 64 tahun yang merupakan abang ipar kepada mangsa yang dikatakan tidak berpuasahati hanya kerana adik iparnya yang berusia 61 tahun itu telah meracun rumput ditanah sawahnya.Nah lihatlah hanya perkara yang remeh sahaja orang ini tidak boleh bersabar dan berbincang secara baik untuk selesikan masalah.Dimana letaknya keimanan dan ketakwaan orang seperti ini? Lebih-lebih lagi ianya berlaku di bulan ramadan yang mulia ini.

Dari ketiga-tiga kisah benar itu ,jelaslah rupa-rupanya walaupun syaitan-syaitan telah dirantai di bulan mulia ini...masih ada org islam yang perangainya macam syaitan..selama ini kita selalu salahkan syaitan yang mengoda..tetapi bila ketika syaitan dibelenggu,.rupa-rupanya masih ada orang islam yang melakukan kemungkaran dan perbuatan kejam yang mengalahkan sayaitan itu sendiri . Di manakah silapnya?? Tentulah segala perbuatan itu adalah 100% kerana kesalahan sendiri bukan kerana sebab lain..jawapannya kerana tiada keimanan dan rasa takut kepada Allah...mungkin selama ini mereka telah jauh dari mendekati Allah dan lalai dari mengerja ibadat seperti sembahyang maka kerana itulah walaupun ramadhan datang dengan penuh keberkatan dan kerahmatan namun ianya tidak terkesan atau berbekas dihati orang-orang sebegini.Nauzubillah...

Moralnya: Mudah-mudahan kita dan ahli keluarga kita terselamat daripada situasi sedemikian dan mudah-mudahan mereka juga akan insaf dan kembali ke jalan kebenaran.

1 ulasan:

  1. Nampaknya takda beza bula puasa ke tak..perkara buruk tetap berlaku..

    BalasPadam