Halaman

Selasa, 6 September 2011

Coretan aidil fitri 1432 Hijrah

Pada pagi Isnin 29 Ramadan bersamaan 29 ogos - Saya dan keluarga berangkat balik ke rumah mak di Marang Terengganu.Berbuka puasa beramai-ramai di sana untuk kali terakhir di bulan ramadan adalah saat yang sangat seronok apatah lagi makan nasi gulai tulang ..

Malamnya,selepas sembahyang maghrib...anak-anak dah sibuk dengan main mercun dan bunga api.saya pula selepas sembahyang maghrib, menonton berita kat TV..nak dengar pengumuman raya..agak lambat juga TV siarkan pengumuman tersebut..tapi sedikit terkejut tiba-tiba terdengar takbir raya dari surau berdekatan..sedangkan Tv belum siarkan pengumuman raya.kemudiannya baru dengar pengumuman yang TV siarkan...rupa-rupanya org di surau lebih cepat tahu esok raya daripada org kat TV ...ha..ha..

Pada pagi raya 1 syawal- seperti biasa saya menunaikan sembahyang sunat raya di masjid bersama Ammar Ashraf.Yang menariknya selepas sembahyang raya, semua kanak-kanak diminta beratur untuk diberi duit raya oleh Jwtkuasa masjid.Seronok melihat kanak-kanak berbaris untuk menerima duit raya. Ammar Ashraf pula gembiralah dia kerana dapat duit raya.

Selepas tu terus balik ke rumah, bersalaman, makan juadah raya,tapai, ketupat, nasi minyak,nasi empit, satay dan pelbagai kuih raya.Anak-anak kecil kemudiannya diberi duit raya dan sesi bergambar beramai-ramai...sungguh seronok dan meriah.
Ramai juga sanak saudara yang datang tak putus sampai ke tengahari.


Di sebelah petang dalam pukul 3.00 barulah saya dan isteri dan anak-anak dapat keluar beraya ke rumah kakak-kakak yang lain di Kg Jerong,kg Pengkalan Berangan dan di kg pengkalan kuin.Pada sebelah petang kami berangkat pulang ke rumah kat Dungun.

Pada hari raya ke-2,pada sebelah pagi, saya sekeluarga bertolak dengan kereta ke KL.Bertolak pukul 11.00 pagi melalui lebuhraya pantai timur dan sampai ke putra jaya pukul 4.00 petang.Sebelum ke rumah adik ipar, kami sempat bersiar-siar di masjid di pusat pentadbiran Putra jaya.Ramai juga pelancong asing berada di situ.Mereka sibuk mengambil gambar berlatar belakang bangunan putra jaya.

Kemudian kami terus ke rumah adik ipar( semua kelurga mentua beraya kat situ pada tahun ini).Pada malamnya,kami ke shah Alam melihat kecantikan lampu berwarna-warni di I-City.Terdapat pelbagai bentuk dan warna pokok-pokok yang direka khas yang diterangi pelbagai warna cahaya lampu ,seolah-olah di walt disney..juga berkesempatan masuk ke rumah Salji yang suhunya di bawah -5 celcius.Pada mulanya rasa seronok melihat salji dan permukaan ais namun akhirnya kami dah tak tertahan lagi kesejukan. walaupun masing-masing memakai baju sejuk yang disediakan,namun kesejukan luar biasa itu menyebabkan kami hanya boleh bertahan selama 20 minit sahaja.Namun ianya satu pengalaman yang sangat mengujakan dan menyeronokkan.

Hari raya ke -3, kami bertolak dari putrajaya ke wangsa Maju untuk ke rumah mak mentua.Di sana saya tinggal selama 2 hari 2 malam.Pada hari jumaat,saya bersembahyang jumaat di masjid wangsa Maju seksyen 1. Pada hari raya ke empat pula, saya beraya ke rumah adik ipar di Bt 9 dekat Kajang.Yang seronoknya semua ahli-ahli keluarga ikut serta ke sana dan tuan rumah nampaknya berkerja keras untuk menyediakan makanan dan juadah kepada kami yang hadir.Namun suasana sebegitulah yang seronok..bukan selalu dapat datang berada dalam suasana sebegini.

Pada sebelah malamnya,saya sekeluarga bersama adik-adik ipar yang lain bersetuju untuk berjalan-jalan di KLCC...bawa anak masing-masing untuk melihat cahaya lampu dan permandangan yang cantik di KLCC.Kami bertolak dengan 3 buah kereta ke sana.Memanglah cantik bila berada betul-betul di bawah bangunan KLCC. Selama ni hanya lihat dari jauh saja atau lihat kat TV atau di paper saja .Jika lihat dari dekat memang nampak gagah perkasa bangunan KLCC ini berdiri megah tinggi ke angkasa .KLCC adalah menara kebanggaan negara dan masih lagi menara tertnggi di dunia.

Pagi Sabtu, tibalah masa untuk berangkat balik ke Dungun Terengganu.Jam 10.00 pagi saya dah bersedia untuk bertolak balik ke pantai timor.Dalam perjalanan di karak, tiba-tiba telefon berbunyi...ohhh rupa-rupanya adik saya di kuantan meminta saya sekeluarga singgah dan makan tengahari di sana.Lebih kurang pukul 1.00 tgh saya sampai di kuantan dan makan tengahari di sana.(jimat le sikit..lagipun makanan di tempat makan sepanjang highware bukannya sedap)

Lebih kurang pukul 3.00 ptg,sesudah perutpun kenyang, saya sambung lagi perjalanan ke Dungun. Saya berasa beruntung sebab perjalanan balik ke Terengganu, jalannya tidak sesak tetapi mereka yang balik ke ibu kota, jalanraya sesak 'gila' dan keadaan itu menyebabkan kereta bergerak perlahan sahaja.Lebih kurang pukul 5.00 baru saya sampai kat rumah di Dungun.Sebelum tu sempat juga singgah di Mesra Mall di Kerteh sekejap untuk beli barang-barang dapur. Apakah sambutan hari raya untuk saya pada tahun ini dah habis kat sini?? yang pasti esok cuti sekolah dah tamat..tapi hati kecil masih berkata."tak cukup lagi cuti raya, nak cuti lagggiii..." Apakan daya... esok ,saya akan mula berkerja semula..dah habis dah raya bagiku...isk..isk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan