Halaman

Jumaat, 14 Januari 2011

Keluh Kesah seorang Kawan

Saya ada seorang kawan.Dia ni selalunya teragak-agak dalam membuat satu-satu tindakan.Katanya,kini jiwanya rasa sangat lega setelah sekian lama dibelenggu dengan masalah yang menyebabkan berpuluh tahun dia berasa gelisah dan serba salah.Masalahnya berpunca daripada sikapnya yang cukup takut untuk menukar kad pengenalan baru.Berpuluh tahun juga, dia menggunakan kad pengenalan lama yang gambarnya diambil ketika berusia 12 tahun.(Dia kini dah ada 5 orang anak).Setiap kali dia berurusan yang memerlukan menggunakan I.C,dia berasa malu sebab ada orang ketawakannya kerana masih menggunakan I.C lama.Ini menyebabkan dia berasa tertekan bila memikirkannya.

Sebenarnya kawan saya ini bukan tak nak tukar I.C tetapi dia berasa takut apabila kawan-kawannya memberi tahu, jika dia menukarnya kerana lewat,dia akan didenda dengan jumlah wang besar, mungkin ribu-ribu ringgit.

Pada suatu malam,ketika menonton Tv bersama -sama anaknya, tersiar satu iklan yang memaparkan tentang kisah orang melambat-lambatkan menukar I.C baru.Salah seorang anaknya berkata,"Abah! apalah orang tu...dah tua bangka pun masih pakai I.C gambar budak sekolah" dan mereka adik beradik ketawa berderai-derai.Melihat situasi itu, kawan saya ini rasa betul-betul terpukul dan terkena di atas komen anak-anaknya itu.

Keesokkan harinya, tanpa berfikir panjang lagi,kawan saya terus ke pejabat Pendaftaran Negara dan ingin segera membuat urusan penukaran I.C baru.
Ketika berurusan dengan pengawai disitu,dia diberitahu akan dikenakan denda.Ketika inilah perasaan takut kawan saya ini memuncak, menyebabkan pegawai tersebut memandang wajahnya dengan rasa hairan.Dengan gementar kawan saya bertanya berapa jumlah dendaan tersebut? Pegawai itu memberitahu, dendanya hanya RM10.00."Ya Allah",katanya tiba-tiba...dia berasa amat gembira dan lega yang amat sangat kerana mati-mati disangka dirinya akan didenda dengan jumlah Ribuan ringgit.Kerana terlalu gembira,katanya dia rasa macam nak peluk pengawai tersebut..nasib baik pegawai tersebut wanita.Kalaulah dia tahu denda lewat tukar I.C hanya RM 10.00,dua puluh tahun dulu dia dah tukar I.C baru.Taklah selama ini dia menanggung malu kerana masih menggunakan I.C lama. Katanya lagi, itulah satu-satu perkara yang pernah dialaminya yang betul-betul melegakannya dalam sejarah hidupnya.

Pengajarannya:Perkara yang mudah tapi kalau tak kena caranya akan menjadi masalah besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan