Halaman

Jumaat, 18 Mac 2011

Cuti Sekolah Yang Tidak Mengembirakan

Biasalah....Jika cuti sekolah tiba, kita akan merancang nak berjalan-jalan untuk hilangkan tekanan berkerja sambil bawa keluarga melancong.Begitulah perancangan yang saya buat untuk cuti sekolah kali ini.Hajatnya nak balik ke wangsa Maju untuk menjenguk bapa mentua yang tak sihat. Betullah kata orang,kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan segalanya.

Semua perancangan awal tak menjadi kenyataan malah perkara yang malang pula berlaku.Pada 13 Mac,Ammar Ashraf( anak sulung saya berusia 10 tahun) disahkan kena Apendik.Pada pukul 10.00 malam,Ammar dikejarkan dengan ambulan dari Hospital dungun ke Hospital Kuala Terengganu.Keesokkan harinya(ahad) pembedahan dilakukan.Sebenarnya Apendik itu dah pecah di dalam perut tapi masih bernasib baik kerana ia masih diperingkat awal dan para doktor sempat menanganinya.Syukur ,tak ada perkara yang tak diingini berlaku kerana jika lewat sikit mungkin ianya menjadi lebih kronik dan ada kes Apendik pecah boleh bawa maut.Ammar dimasukkan wad selama 5 hari dan selama itulah saya sekeluarga terpaksa berulang alik ke hospital manakala isteri saya memang sepanjang masa berada di hospital.

Pada 15 Mac pula,ketika hendak ke hospital K.T, nasib malang datang bertimpa-timpa apabila terlibat pula dalam kemalangan jalanraya di chendering.Dalam hujan lebat,tiba-tiba kereta saya hilang kawalan dan terus melanggar kereta didepan.Akibatnya bonet dan bumper kereta rosak teruk manakala kereta yang dilanggar juga mengalami kerosakan.Selepas membuat laporan polis ,kereta saya terpaksa ditunda ke workshop di Chendering K.T .Saya pula kena bayar saman RM 300.00 kerana terlibat dalam kemalangan itu. Walaupun segala kerosakan akan ditanggung oleh pihak insuran..tapi entah berapa lamalah pula nak tunggu kereta akan siap maklum saje bila berurusan dengan pihak insuran...sabor saje lah.

Semasa saya membuat laporan polis, saya diberitahu oleh pihak polis bahawa kawasan yang saya terlibat dalam kemalangan itu memang kawasan bahaya dan selalu berlaku kemalangan.Asal hari hujan saje, pasti ada kemalangan dan yang ingat semasa kemalangan itu berlaku,lori tunda kenderaan dah sedia menunggu di situ( macam dah tahu je kemalangan akan berlaku) Lebih mengejutkan pihak polis menunjukkan gambar mayat ( seorang pemuda berusia 23 tahun ) pemandu kereta yang mengalami kemalangan ditempat yang sama beberapa hari sebelum itu.Keadaan fizikal jalan yang tak selamat merupakan faktor utama berlakunya kemalangan di kawasan itu terutama ketika hujan lebat.Namun saya masih bersyukur kerana anak-anak saya dan saya sendiri tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Moralnya:Kena banyak bersabar kerana saya percaya setiap dugaan Allah itu ada hikmahnya..

1 ulasan:

  1. Syukurlah semuanya selamat..harap bersabar byk2 atas semua dugaan..hanya org2 yg terpilih diuji Allah kesabarannya..kan?

    BalasPadam