Halaman

Jumaat, 13 Januari 2012

Genap setahun lahirnya blog ini...

Asalamualaikum wbt...Hari ini 14 januari 2012 adalah hari lahir saya. Pada tarikh yang sama pada tahun lepas...ketika itu tiba-tiba terlintas idea untuk mencuba menulis di blog sendiri..lantas tanpa ada pengetahuan yang cukup dan tak pernah membina blog...saya beranikan diri untuk melakukannya dan ianya hanya sekadar percubaan saja namun tapi disangka blog yang dicuba-cuba itulah masih kekal hingga kini dan menjadi ruang untuk saya menulis sesuatu.Keghairahan untuk melahirkan blog sendiri ini sebenarnya lebih kepada untuk melepaskan rasa untuk menulis sesuatu pada medium tertentu dan idea itu dapat pula dikongsi dengan orang lain sekadar bertukar idea untuk renungan dan pengajaran.

Selepas setahun berlalu, saya sedikit berpuashati dengan blog ini walaupun ianya tidaklah sehebat mana (lebih kepada catatan peribadi). Dapatlah juga beberapa pandangan sempat ditulis di sini..kadang-kadang terasa ingin menulis pada bila-bila masa saja namun disebab keterbatasan waktu dan kesibukan dengan hal-hal lain,ianya hanya menjadi angan-angan.

Dalam tempoh setahun berlalu itu...ada beberapa peristiwa yang memberi kesan memdalam kepada saya.Salah satunya tentunya ... pemergian ayahanda yang dikasihi Hj Muda bin Mamat ke rahmatuhi menemui Tuhan yang menjemputnya pada tanggal malam jumaat pada 15 Disember yang lepas.Semoga Allah Swt menempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.Amin.

Datang tahun baru 2012 dan menjelangnya ulangtahun hari lahir pada ini, saya berazam untuk menjadi insan yang lebih baik, beriman dan mengerjakan segala suruhannya serta menjauhi larangannya, lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan tugas yang diamanahkan dan yang lebih penting juga ialah belajar dari kesilapan masa lalu untuk panduan masa depan. Semoga Allah memberkati hidup saya,memberi pertunjuk dan cahaya keimanan,melimpahkan lebih rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik dan keselamatan untuk diri dan keluarga di dunia maupun di akhirat. Amin.