Halaman

Khamis, 18 Ogos 2011

3 KISAH BENAR: CERITA SEDIH DI BULAN PUASA INI..Wajarkah ia berlaku?

Salam Ramadan -19 Ogos : Tentunya bagi umat islam yang beriman,kedatangan ramadan disambut dgn gembira dan seronok untuk menjalani ibadat puasa.Masuknya bulan ramadan, Allah menutup pintu neraka, membuka seluas-luasnya pintu syurga malah iblis,syaitan dan jin bukan islam dirantai dan manusia bebas dari godaan mereka.Di bulan mulia ini juga, orang islam yang beriman akan berusaha untuk melakukan amal ibadat seperti sembahyang terawih,membaca al Quran,berzikir,melakukan kebaikan dan kebaikan serta menjauhi perkara-perkara yang mungkar dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.Pendek kata sepatutnya di bulan yang mulia ini,semua orang akan berlakuan baik,menyenangkan apatah lagi tidak menyusahkan orang lain.Adakah situasi sebegini benar-benar berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini???

Jawapannya agak mengecewakan...bila membaca berita-berita di dada akhbar, ianya agak mengejutkan. Di kala orang sibuk mengerjakan ibadat puasa, pada masa yang ada orang lain yang sanggup melakukan perkara yang keji di bulan puasa ini.Setakat peristiwa orang-orang islam ditangkap oleh pihak berkuasa agama kerana tidak berpuasa , itu perkara biasa kita dengar malah ada orang islam tanpa rasa berdosa boleh dan sanggup ke pusat hiburan, disko,rumah urut dan meminum arak.

Sebenarnya hati saya berasa tersentuh bila membaca 3 kisah benar dan betul-betul berlaku yang dilaporkan dalam akhbar dalam masa sehari dua ini.

Cerita pertama berlaku di sg petani kedah pada 10 ramadan yang lalu, apabila seorang anak lelaki yang berusia 24 tahun sanggup menetak ayahnya sendiri sampai mati dan mencederakan ibunya sebelum melarikan diri ke hutan berhampiran.Ianya terjadi dikatakan berpunca dari rasa marah apabila dia cuba memukul anak saudaranya kerana menegurkan bunyi bising kucing,lalu ayahnya campurtangan menyebabkan ia hilang sabar dan terus mengambil parang menetak ayah dan ibu. Kejadian ini berlaku ketika hampir waktu berbuka puasa dan didepan juadah yang disediakan oleh ibunya.Bayangkan betapa pilunya disaat begitu,seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri dan mencedera ibunya yang membesarnya dan yang bersusah payah menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.Ayahnya yang banyak berkorban itu terbujur kaku menjadi mayat angkara kedurjanaan anak sendiri. Manusia jenis apakah anak ini...sanggup melakukan perbuatan yang amat kejam dan tentunya perbuatan derhaka seorang anak terhadap org tuanya dan lebih menyayatkan hati lagi ianya berlaku di bulan ramadan.

Cerita kedua berlaku pada 17 ramadan yang lalu apabila seorang anak berusia 17 tahun bernama Ameerah Asha telah ditahan bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun oleh pihak polis.Gadis yang bakal menduduki Spm pada hujung tahun nanti dikatakan telah hilang dari rumah selama 7 hari setelah tidak balik selepas pergi sekolah yang menyebab ibu bapanya sangat susah hati.Kemudian ayahnya yang bernama Azizan Hashim menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengatakan Ameerah telah diculik dan meminta wang tebusan RM 50.000.Ayahnya yang berkerja hanya sebagai jurujual memang tidak mempunyai wang sebanyak itu lalu membuat laporan polis.Akhirnya Ameerah dan teman lelakinya dapat dikesan dan ditangkap semasa berada dalam sebuah kereta.Hasil siasatan polis, sebenarnya Ameerah bukan diculik tetapi dia telah berpakat dengan teman lelakinya untuk mendapatkan wang dengan merancang penculikannya dan menuntut wang tebusan RM 50.000 daripada ayahnya sendiri.

Bagi saya anak ini yang sanggup mengkhianat ayah sendiri, menyusahkan orang lain apatah lagi ayah sendiri dan langsung tidak menghormati bulan ramadan seperti yang berlaku itu layak dipanggil anak sial dan anak derhaka kepada org tuanya.Sememangnya amat malang seorang bapa mempunyai anak sedemikian.Kita berharap anak ini akan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku itu dan akhirnya menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dan takut kepada Allah.

Peristiwa yang ketiga yang menyedihkan pula berlaku pada 18 ramadan di Pahang bertajuk"Pesawah mati ditetak abang ipar dengan parang".Kejadian pembunuhan yang berlaku hanya 30 minit sebelum berbuka puasa itu berpunca rasa marah yang amat sangat suspek yang berusia 64 tahun yang merupakan abang ipar kepada mangsa yang dikatakan tidak berpuasahati hanya kerana adik iparnya yang berusia 61 tahun itu telah meracun rumput ditanah sawahnya.Nah lihatlah hanya perkara yang remeh sahaja orang ini tidak boleh bersabar dan berbincang secara baik untuk selesikan masalah.Dimana letaknya keimanan dan ketakwaan orang seperti ini? Lebih-lebih lagi ianya berlaku di bulan ramadan yang mulia ini.

Dari ketiga-tiga kisah benar itu ,jelaslah rupa-rupanya walaupun syaitan-syaitan telah dirantai di bulan mulia ini...masih ada org islam yang perangainya macam syaitan..selama ini kita selalu salahkan syaitan yang mengoda..tetapi bila ketika syaitan dibelenggu,.rupa-rupanya masih ada orang islam yang melakukan kemungkaran dan perbuatan kejam yang mengalahkan sayaitan itu sendiri . Di manakah silapnya?? Tentulah segala perbuatan itu adalah 100% kerana kesalahan sendiri bukan kerana sebab lain..jawapannya kerana tiada keimanan dan rasa takut kepada Allah...mungkin selama ini mereka telah jauh dari mendekati Allah dan lalai dari mengerja ibadat seperti sembahyang maka kerana itulah walaupun ramadhan datang dengan penuh keberkatan dan kerahmatan namun ianya tidak terkesan atau berbekas dihati orang-orang sebegini.Nauzubillah...

Moralnya: Mudah-mudahan kita dan ahli keluarga kita terselamat daripada situasi sedemikian dan mudah-mudahan mereka juga akan insaf dan kembali ke jalan kebenaran.

Selasa, 16 Ogos 2011

MENGAPA IANYA BOLEH BERLAKU SEBEGITU..?

Salam Ramadhan. Alhamdulilah hari ini dah 17 hari kita menunaikan ibadat puasa dan hari ini juga adalah hari Nuzul alQuran. Pada hari ini, saya terbaca satu artikel ruangan Cuit oleh Zaini Hassan yang membuat saya rasa tidak gembira dan risau juga memikirkan apa yang berlaku mutakir ini.Mengapa ianya boleh berlaku begitu,dan apakah tindakan kita..?Berikut saya petik pendedahan tersebut untuk renungan kita bersama..

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu? Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris. Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”

Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?
“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka. “Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen. “Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus. Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:"‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”

Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.” Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?

Moralnya: Umat Islam kini hampir lupa atau tidak sedar tentang adanya ancaman untuk memurtadkan org Islam tapi sayang kerana pemimpin -pemimpin parti politik yg sebelum ini mencanang sebagai pejuang Islampun gagal memainkan peranan kerana ingin menjaga kepentingan politik sehingga mengorbankan maruah agama malah mengambil pendekatan mencerca golongan yang bertindak (JAIS_)semata-mata inginkan undi org-org bukan Islam.RENUNGKANLAH...

Ahad, 7 Ogos 2011

Pemimpin MELAYU ISLAM Mesti Bersatu Dalam Isu Akidah

Salam Ramadhan.Hari ini dah 7 hari kita menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah pada tahun ini saya dapat menunaikan ibadat ini dengan tenang malah tidaklah rasa terlalu lapar, dahaga maupun berasa penat. Segala-galanya memudahkan . Tetapi perasaan ini sedikit terusik bila membaca kisah ibu-ibu tunggal beragama Islam yang mudah terperdaya dengan pemberian wang oleh pihak gereja si Selangor yang hampir menyeleweng akidah mereka.Perkara yang berlaku ini sgt mengejutkan.Ianya terbongkar apabila pihak JAIS mendapat maklumat dan membuat siasatan dan serbuan.Tindakan JAIS itu rupa-rupanya mengundang kemarahan MB Selangor sendiri, kononnya tindakan JAIS itu tidak wajar dilakukan dan JAIS pula dipersalahkan(kerana ingin menjaga hati pemimpin pembangkang yg lain).

Sepatutnya apa yang berlaku ialah Pemimpin Melayu-Islam bersatu dalam isu akidah, bukannya melatah sehingga menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam isu pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.Dalam serbuan itu seramai 20 org melayu beragama Islam didapati bersama-sama dalam aktiviti keagamaan yang dijalankan di situ.

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang berkata, contoh yang ditunjukkan segelintir pemimpin Melayu dalam isu tersebut adalah tidak betul kerana tegasnya, selaku Muslim adalah wajib memelihara dan mempertahan akidah umat Islam yang lain.

Menurutnya, walau apa sekalipun pendirian politik setiap pemimpin berkenaan, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segalanya dalam isu berkenaan, kerana tindakan JAIS itu berhubung kait dengan dakwaan berlakunya penyebaran agama Kristian kepada orang Islam.

"Kalau benar dakwaan itu (penyebaran agama Kristian) wujud, kita (Pemuda Pas) memandang berat perkara ini kerana selain menyalahi Perlembagaan Persekutuan, ia membabitkan soal akidah. Jadi wajib ke atas semua Muslim termasuk JAIS untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

"Kita kena letak agama di depan. Islam kena melebihi segala kepentingan lain dan adalah tidak betul kalau pemimpin (Islam) tertentu terlalu cepat melatah dalam perkara ini. Sepatutnya kita bersatu dalam soal agama," Kata beliau dalam satu sumber berita hari ini.

Nik Abduh membuat kenyataan tegas itu ketika sebahagian besar pemimpin Pas lain dilihat ragu-ragu untuk mempertahankan tindakan JAIS atau berdiri di belakang Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sebaliknya ada antara mereka secara terbuka mempertikai tindakan jabatan berkenaan.

Meskipun anak kepada Mursyidul Am Pas itu tidak menyatakan secara tepat siapa pemimpin politik yang dimaksudkan, tetapi ia dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad.

Ini kerana, Menteri Besar Selangor itu kesal dengan tindakan JAIS dan memberitahu, niat serta tujuan baik jabatan itu tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan, manakala Khalid pula ada berkata, "kalau ke gereja pun tak semestinya seseorang tu boleh jadi murtad" dan dia menyalahkan JAIS kerana tindakan tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, walaupun umat Islam merupakan majoriti di negara ini tetapi ia tidak memberi apa-apa kelebihan, jika pemimpin Melayu tidak bersatu dalam hal yang sepatutnya mereka bersatu, terutamanya isu membabitkan agama.

Dalam pada itu, beliau menambah sudah tiba masanya untuk kerajaan memperkasakan undang-undang sedia ada dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan agar tiada ruang untuk mana-mana pihak mencabar kesucian agama Islam di mahkamah sivil.

"Cara terbaik pinda atau perkasakan undang-undang sedia ada bagi menyelamatkan akidah. Memang Islam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak ruang untuk bukan Islam mencabar kesucian agama kita dan dalam beberapa kes mereka menang," katanya.

MORALNYA: Umat Islam di Malaysia MESTI bersatu dan bukannya berpecah belah.Hanya dengan bersatu sahaja, agama Islam akan dihormati. Dan janganlah walaupun sejahil manapun kita ,menjadi tali barut kepada musuh Islam yang bersembunyi tetapi nyata disebalik percaturan dan permainan politik yang merugikan bangsa dan agama.