Halaman

Jumaat, 28 Januari 2011

Suka lihat gelagat Pak Arab ni...



Gelihati sungguh melihat adegan yang jarang-jarang dapat kita lihat ini.Saya rasalah...kawannya tu sengaja nak bergurau.Dia tentunya ketawa besar melihat reaksi kawannya tu,dah puas ketawa barulah dia datang menolong . Mungkin inilah kali pertama dan terakhir Pak Arab ini mahu berjogging.Dah serik.Lepas ni tobat tak nak dah, nasib baik tak ada penyakit jantung...

PAPARAN: Sekadar hiburan ringan sahaja...

Sabtu, 22 Januari 2011

Bergurau..biarlah berpada-pada

Biasalah..kadang-kadang kita bergurau dengan seseorang.Mungkin saje ye nak mengusik atau menyakat untuk hilang rasa boring atau memang kita rasa seronok dapat mengenakan member atau teman-teman di keliling kita.Kadang-kadang kita ketawa terbahak-bahak dan orang yang kita kenakan tu tentunya berasa terkenalah.Kalau kawan kita itu sporting tak apa le.Tapi bagaimana tiba-tiba kawan kita tu hari tu moodnya tidak baik..tentulah gurauan tadi boleh membawa masalah yang tidak diduga...

Janganlah bergurau sampai boleh membawa bencana seperti yang dilaporkan berlaku di Connecticut,Amerika syarikat. Akibat bergurau berpunca dari kentut,Marc Hinggins ,21 menikam sekumpulan rakannya yang berparti,membunuh seorang daripadanya selepas berang dan naik angin selepas kawannya mengejek kerana terkentut. Kawan baiknya Matthew Walton ,21, menemui ajal di hospital Bristol.Tiga mangsa lain,Sandrab Ranger 18,David Klett,19 dan Tyler Basso,18 dirawat di hospital sebagai pesakit luar.Higgins kemudian menyerah diri dan mengaku melakukan jenayah terbabit.Katanya,dia amat marah dan tidak tahan kerana dipersenda kerana membuang angin selain mahu mengajar supaya jangan mempermainkannya. Dia ditahan dengan jaminan AS$2 juta(RM6.12 juta) di Bristol sebelum kesnya dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Apa yang berlaku di Amerika itu, boleh juga berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa jua sekiranya bergurau tanpa had dan tidak berpada-pada, kerana jika terlebih gurauan mungkin boleh membawa kemarahan kepada orang lain yang boleh membawa padah.

Moralnya:Berpada-padalah bila bergurau walaupun dengan kawan baik kita.

Khamis, 20 Januari 2011

SAKIT ...itu perkara biasa tapi...

Dahulu, saya mempunyai seorang kawan yang baik dan jujur. Sikapnya menyenangkan,lebih-lebih lagi dia sangat suka membantu orang lain.Saya memang senang hati berkawan dengannya.Orangnya kelakar dan pandai berjenaka.Sungguhpun ia suka menyakat orang lain dengan keletahnya yang lucu,tetapi dia tidak pernah melukakan hati kawan-kawan.Sekali pandang tiada apa yang kurang pada kawan saya yang sorang ni.Selepas tamat belajar kat universiti,saya dan kawan saya ni membawa haluan diri masing-masing..dan dah lama tak bertemu dan berhubungan.Baru-baru ini,saya terkejut besar dan berasa amat sedih setelah mendapat berita bahawa kawan baik saya ini telah meninggal dunia dalam usia yang masih muda.Tak berapa jelas apa punca yang menyebabkan dia meninggal.Ada yang mengatakan arwah kawan saya ini dah lama tak sihat dan selalu tak sihat.

Saya berasa agak terkilan kerana sepanjang dia sakit, saya tak bersempatan menziarahinya..hal ini berlaku kerana kami dah lama terputus hubungan dan tak tahu di mana dia menetap,bila dia meninggal,barulah saya mengetahuinya melalui seorang kawan.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.

Bila diingat-ingat kembali,dulu semasa saya kenal rapat dengan arwah,beliau memang agak kerap kali tidak sihat,kadang-kadang deman berpanjangan, batuk dan selesema.Dia dah biasa benar dengan rutin dirinya begitu.Keadaan ini mungkin disebabkan kurangnya sistem imunisasi yang kuat dalam badannya.

Apa yang terjadi itu, semacam memberi kesedaran kepada saya tentang perlu menitikberatkan soal menjaga kesihatan badan.Namun saya sedar,kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan segalanya..namun sekurang-kurangya kita berusaha,hari ini ,saya terbaca dalam satu artikel perubatan yang menyarankan beberapa tindakan dan amalan yang boleh kita amalkan untuk menyihatkan badan dan menguatkan sistem imunisasi dalam tubuh kita.

Sebenarnya terdapat banyak cara-cara sederhana dan mudah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan sistem imunisasi terhadap serangan virus penyakit dalam tubuh kita, antaranya:

1) Mandi air sejuk
Mungkin kita berasa ragu dengan tip ini,tetapi menurut kajian, mandi air yang bersuhu dingin boleh membantu menambah jumlah sel darah putih sehingga tubuh kita mencegah serangan penyakit.

2)Minum Air Suam
Rajin-rajinlah minum air panas atau air suam seperti air puteh,teh atau kopi. Ini kerana ia akan membantu tubuh untuk mendapatkan cairan hangat yang membantu meningkatkan sistem imunisasi sehingga tubuh kita lebih tahan terhadap serangan penyakit.

3)Kunyah Bawang Putih
Mungkin ramai yang tidak gemar makan bawang terutama bawang putih kerana ia tidak enak dimakan begitu saja dan boleh menyebabkan nafas berbau.Namun begitu,khasiat bawang putih ini sebenarnya dapat membantu memelihara kesihatan.Hasil kajian yang dilakukan terhadap khasiat bawang putih, mendapati bawang putih mengandungi zat antimikroba yang baik untuk memelihara kesihatan. Bagi menjaga kesegaran nafas,cubalah hancurkan bawang putih dan campurkan dengan satu sudu sirap

Bekenaan makan bawang putih ni, saya teringat pula seorang kawan saya yang lain,yang setiap kali berjumpa dengannya,dia pasti bercakap tentang makan bawang putih. Katanya,pada peringkat permulaan memanglah susah untuk memamah bawang putih begitu saja ( rasa pedal di lidah )tetapi setelah dia memaksa dirinya, sekarang memakan bawang putih dah macam memakan kacang ,katanya dengan bangga.Sejak dia amalkan memakan bawang putih mentah-mentah,katanya badannya semakin sihat malah kuat tenaga luar dan dalam..(.ha..ha. ha )Sebenar bila dengar ceritanya itu,pernah juga saya cuba makan bawang putih mentah-mentah tapi sehingga ke saat ini ,tekak saya tak dapat menerimanya....

4)Jaga makan
Makanlah makan yang seimbang.Kurangkan makanan bergoreng,lemak dan daging merah kerana ianya banyak mengandungi kolestrol sebaliknya banyak memakan sayur-sayuran,buah-buah dan makanan berserat.

5)Melakukan senaman
Senaman penting kepada badan.Bila bersenam,ianya membantu melancarkan perjalanan darah,mengurang kolestrol malah menjadikan badan kita sentisa bertenaga dan cergas.Jika ingin melakukan senaman,pastikan ianya dilakukan dengan cara yang betul.Pastikan kita lakukan senaman secara berterusan sekurang-kurang dalam jangka masa 20-30 mini( barulah kalori lemak dibakar) dan amalkan 2 atau 3 kali seminggu.

SELAMAT MENCUBA...marilah kita berdoa semoga Allah s.w.t memberi kesihatan yang baik kepada kita.Amin.

Moralnya: mencegah lebih baik dari mengubati

Ahad, 16 Januari 2011

CERITA SAYA: KISAH SI PEMUDA DENGAN PAKCIK TUA.

Sekembalinya dari luar negara,seorang pemuda macho menaiki ERL dari KLIA ke KL Sentral.Di sebelahnya duduk lelaki tua yang mempamerkan muka yang cukup serius.Kedua-duanya diam walaupun hampir sepuluh minit berlalu. Untuk menghilangkan rasa bosan,pemuda tadi cuba mengajak lelaki tua di sebelahnya itu berbual.

"Pukul berapa sekarang ,uncle?" Sebuah pertanyaan biasa yang selalu kita tujukan kepada sesiapapun, dan selalunya yang ditanya itu akan menjawab dengan senang hati.Tapi kali ini sungguh di luar dugaan,lelaki tua tidak sedikit pun memberikan respons kepada pertanyaan pemuda itu.

"Agaknya orang tua ni pekak,kut..."kata pemuda itu dalam hati. Lalu diulanginya lagi pertanyaan yang sama sehingga tiga kali.Lelaki tua tetap mendiamkan diri,menjeling pun tidak.

Pemuda tersebut mencuit bahu lelaki tua dan kemudian bertanya."Uncle...uncle tak dengar ke saya tanya?"
"Serba salah saya nak jawab,"balas lelaki tua, langsung tidak memandang wajah pemuda itu."Nanti kalau saya jawab,kita akan berbual lebih panjang.Awak akan soal itu, soal ini...dan akhirnya kita jadi lebih mesra.."
"Apa salahnya kita tambah mesra.kan bagus begitu?"balas pemuda sedikit bingung.
"Tak salah kata awak? Apabila kita sudah mesra,ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di KL Sentral nanti,tentu saya akan memperkenalkan awak kepada mereka."

Pemuda tadi bertambah bingung."jadi...?" dia cuba menyambung kata-katanya.
"Isteri saya orangnya baik,peramah dan cepat mesra.Dia tentunya akan mempelawa awak ke rumah.Awak tentunya akan berehat dan menikmati jamuan yang dihidangkannya.Setelah itu awak tentu juga akan lebih rapat dengan anak gadis saya dan kemudian jadi boyfriendnya.Lepas itu awak mungkin jadi menantu saya.Peninglah saya nanti."kata lelaki tua itu sambil menepuk dahi.

Si pemuda bertambah-tambah bingung, dan bertanya."Apa kaitannya semua ini dengan pertanyaan pertama saya tadi?"

Lelaki tua itu terus berdiri.Sambil bercekak pinggang dan biji matanya dijegilkan,lelaki tua itu menjerit."Saya tak mau mempunyai menantu macam awak, jam pun tak mampu nak beli"

MORALNYA: Jangan kita jadi macam pakcik tua ini bila dah tua nanti...

Jumaat, 14 Januari 2011

Keluh Kesah seorang Kawan

Saya ada seorang kawan.Dia ni selalunya teragak-agak dalam membuat satu-satu tindakan.Katanya,kini jiwanya rasa sangat lega setelah sekian lama dibelenggu dengan masalah yang menyebabkan berpuluh tahun dia berasa gelisah dan serba salah.Masalahnya berpunca daripada sikapnya yang cukup takut untuk menukar kad pengenalan baru.Berpuluh tahun juga, dia menggunakan kad pengenalan lama yang gambarnya diambil ketika berusia 12 tahun.(Dia kini dah ada 5 orang anak).Setiap kali dia berurusan yang memerlukan menggunakan I.C,dia berasa malu sebab ada orang ketawakannya kerana masih menggunakan I.C lama.Ini menyebabkan dia berasa tertekan bila memikirkannya.

Sebenarnya kawan saya ini bukan tak nak tukar I.C tetapi dia berasa takut apabila kawan-kawannya memberi tahu, jika dia menukarnya kerana lewat,dia akan didenda dengan jumlah wang besar, mungkin ribu-ribu ringgit.

Pada suatu malam,ketika menonton Tv bersama -sama anaknya, tersiar satu iklan yang memaparkan tentang kisah orang melambat-lambatkan menukar I.C baru.Salah seorang anaknya berkata,"Abah! apalah orang tu...dah tua bangka pun masih pakai I.C gambar budak sekolah" dan mereka adik beradik ketawa berderai-derai.Melihat situasi itu, kawan saya ini rasa betul-betul terpukul dan terkena di atas komen anak-anaknya itu.

Keesokkan harinya, tanpa berfikir panjang lagi,kawan saya terus ke pejabat Pendaftaran Negara dan ingin segera membuat urusan penukaran I.C baru.
Ketika berurusan dengan pengawai disitu,dia diberitahu akan dikenakan denda.Ketika inilah perasaan takut kawan saya ini memuncak, menyebabkan pegawai tersebut memandang wajahnya dengan rasa hairan.Dengan gementar kawan saya bertanya berapa jumlah dendaan tersebut? Pegawai itu memberitahu, dendanya hanya RM10.00."Ya Allah",katanya tiba-tiba...dia berasa amat gembira dan lega yang amat sangat kerana mati-mati disangka dirinya akan didenda dengan jumlah Ribuan ringgit.Kerana terlalu gembira,katanya dia rasa macam nak peluk pengawai tersebut..nasib baik pegawai tersebut wanita.Kalaulah dia tahu denda lewat tukar I.C hanya RM 10.00,dua puluh tahun dulu dia dah tukar I.C baru.Taklah selama ini dia menanggung malu kerana masih menggunakan I.C lama. Katanya lagi, itulah satu-satu perkara yang pernah dialaminya yang betul-betul melegakannya dalam sejarah hidupnya.

Pengajarannya:Perkara yang mudah tapi kalau tak kena caranya akan menjadi masalah besar.

CERITA SAYA: Pentingnya Sijil SPM dan Bahasa Melayu

CERITA SAYA: Pentingnya Sijil SPM dan Bahasa Melayu: "Dua hari lepas, saya sembang dengan seorang pensyarah ( Prof.Madya) Uitm. Dia kata.peperiksaan SPM sangat penting.Budak sekolah jangan main-main semasa SPM,kena belajar sungguh-sungguh supaya berjaya.Jangan sampai gagal baru menyesal.

Bersungguh-sungguh dia ceritakan apa yang dialaminya.Katanya,dulu semasa mula jadi pensyarah(dia diterima secara bersayarat) sebab tak kepujian BM spm.Dia diberi tempoh setahun sahaja,jika masih tidak kepujian, jawatan pensyarahnya akan di tarik balik.Dia tak ada pilihan,mesti belajar balik BM dan untuk itu,dia membeli semua buku berkaitan Bm spm dan belajar.

Pada hari peperiksaan,dia mengambilnya di sebuah sekolah menengah bersama-sama pelajar-pelajarnya.Ada pelajarnya bertanya,"Encik datang ke sini nak jaga peperiksaan ke?"Pensyarah tersebut menjawab dengan selamba,"bukan,datang nak ambil exam lah"Pelajar-pelajar tersebut melihat pensyarah tersebut macam tak percaya.

Semasa menunggu keputusan diumumkan,dia bimbang dan takut jika gagal lagi .Pada hari keputusan diumumkan,dia dengan tangan gementar memegang cermin mata dan melihat slip pepriksaannya.Syukur dia dapat C3(kepujian)Katanya,dia sangat gembira dan itulah saat yang dia tak akan lupa seumur hidupnya.Tak boleh nak banding gembiranya ketika itu dengan mana-mana kejayaan yang lain .

Tapi katanya..dia tetap sedih kerana ada kawannya sampai bersara masih gagal untuk mendapat kepujian BM spm sedangkan orangnya hebat dalam kepakarannya di Universiti( tapi BM tak kepujian).

Baru belajar nak tulis di blog....

SEMPENA HARI LAHIR 14 Januari  tertiba pula rasa nak buat blog untuk diri sendiri....lantas tanpa ada pengalaman dan panduan, cubalah buat sendiri dan lahirlah blog ini..ha..ha..ha jadi ke?